Sunday, October 9, 2011

PENYENARAIAN FELDA DI BURSA SAHAM


Terngaga aku di kaca tv pada petang jumaat dgn perbentangan buget di dewan rakyat.tertunggu aku dgn seribu persoalan.pendek dan di ringkaskan sahaja supaya tak jemu untuk di baca oleh pembaca.

Peneroka akan dapat durian runtuh.Rumah lama sudah ku runtuh Di ganti rumah ku dgn gaya gaya moden.ala ala banglo bergitu.sedikit pinjaman dari Felda supaya keselesaan keluarga aku.Dalam kotak fikiran ku fikir apa tu durian runtuh.Apaka bentuk durian runtuh itu.

senang je ku fikir.Jika felda di senaraikan di bursa papan pertama bursa saham kuala lumpur.Pertama aku bangga.Kedua sudah pasti aku sudah memiliki penawaran untuk memiliki saham di syarikat tersebut.Sudah tentu aku akan jadi sebahagian dari permegang saham.

sekarang apakah dan dalam bentuk apakah penawaran tersebut,Adakah aku akan di tawarkan 10 lot saham dari penawaran tersebut.Jika nilai di lancarkan itu rm 100 seunit.maka satu lot rm 1000.00 dan jika 10 lot jumlahnya rm 10.000.

Dan akan ku pergi ke bank bank utama untuk mendapatkan pinjaman.kalau senang mudah.aku akan dapatkan sumber kewangan dari anak anak ku untuk membiayai pembelian tersebut.

Jika di semasa pelancaran penyenaraian syarikat hak milik felda dan peneroka dan setelah di perdagangkan nilai saham itu melonjak kepada rm 3.00 seunit dan julah bagi 1 lot ialah rm 30.00.00.Dalam masa sehari sahaja aku bakal memiliki rm 30.000 dari nilaian 10 lot saham aku.

Apakah ku perlu jual.Jika kita mendapati situasi ekonomi yang masih baik.buat apa perlu ku jual.harapan ku sebegini lah.

Thursday, August 18, 2011

Felda Ku Bukan Sebuah Kerajaan.


Apakah aku perlu sebuah lagi kerajaan rakyat untuk tubuhkan sebuah lagi rangkaian felda.Atau aku perlu lagi sebuah lagi kerajaan untuk modenkan Felda ?.Tak perlu bukan ?.Atau aku sudah rasa lega untuk biarkan felda ini hancur,Atau pun aku perlu biar untuk felda di gayang sebegini rupa.tak perlu bukan ?

Dari otak orang melayu yang baru merdeka.Pemikiran mereka mampu mencipta untuk anak bangsa supaya ada tempat berteduh.10 tahun selepas merdeka mereka mampu fikir untuk buat ini(felda).Jika seorang budak yang baru lahir dalam masa 10 tahun,Mereka baru darjah 4.

Selepas merdeka malaysia perlu bagun dan membina sebuah negara yang mampu memberikan kebahgian kepada rakyatnya.Kemudahan awam perlu di laksanakan dengan kadar segera.Jalan raya.kelinik.perkhidmatan pos,kemudahan pegangkutan awam.sekolah,dan berbagai bagi perlu di laksanakan.dalam masa tidak sampai 10 tahun.Tetapi Kerajaan mampu ujudkan rancangan felda dalam masa yang sesingkat itu.

Setelah bakti di semai dan rakyat peneroka menuai bukti.tampil mereka yang mempertikai kewibawaan felda.Atau adakah mempertikai mereka yang mentadbir felda.kata setengah pejuang peneroka.Felda penipu.Siapa yang menipu siapa.Siapa yang cuba di tipu?.kehidupan sebelum ini tidak ada apa apa kecoh.Tetiba gempita melanggar.Ibarat sebuah kapal terbang yang terbang rendah di atas bumbung rumah.Terkejut dan bingkas bagun melihat.Oh rupanya kapal terbang yang hilang arah rupanya.

Segala gala cuba di songket dan di bawa ke makamah.Ada diantaranya mereka Berjaya dimakamah.felda sudah kalah di makamah.itulah yang terjadi.segerombolan ketua yang sedang berjuang untuk peneroka.Mereka bakal jadi juara kepada peneroka

.Berbagai soalan di kemukakan.Kenapa tanaman semula itu mahal ? sehinggalah sampai ke isu felda bengrap.Wah hebat anak muda felda yang sudah pintar berkata kata.Barang kali mereka fikir mudah untuk tubuhkan organisasi felda ya.Barang kali pada zaman dahulu mudah untuk mejemput orang melayu bersama felda ya.

Eh ada yang lari balik kekampong asal.katanya jika tunggu lama di felda mungkin mati.Mungkin anak nya akan jadi bodoh ya.Berbagai bagai lagi tanggapan.Ada yang dapat tanah di kemuncak bukit.Ada yang dapat tanah berbatu besi.barang kali.tapi sekarang batu besi sudah ibarat seperti emas.wah kaya gitu.

namun dengan semangat kental tetap bersama membonceng basikal kekebun jauh berbatu.Aku tetap bersama felda.Jika tampa ada di tubuhkan felda dan aku tidak mengambil kesempatan tersebut.entah akau di mana ? masih bekerja dengan ah kau.kerja keringkan jemuran tembakau.Mungkin gitu lah agaknya.

Tapi aku bernasib baik.Kerana aku tetap bersama felda.Jika ada kepincangan akan aku adukan kepada pengurus rancangan supaya ada permesyuaratan.Agar selesai di sini.Aku tak mahu bawa kepihak luar.Buat apa aku bising di luar.nanti barangkali kata orang aku gila juara rakyat.

Aku takperlu lagi kerajaan yang lain untuk membimbing aku dan felda.Aku rasa sudah cukup buat ku.felda dan kerajaan yang ada mampu mengurus tadbir aku dan keluarga aku.Jadi apa aku perlu lagi merosakkan felda ini.Atau aku cuba mengkacar kacirkan masyarakat ku.Apa lagi yang tidak kena pada ku.Ramai yang bersyukur.Kenapa aku sorang yang tidak puas hati.Lebih baik aku ke pejabat felda untuk menguruskan hal yang tidak puas hati ini.Atau aku kirimkan email surat ku kepada Pengarah besar.

Dulu ku cukup susah di tanah rancangan.aku tahu bagaimana riuh rendah bila hari panas di pmg atau di pusat pengumpulan sawit.ramai yang bebasikal keladang.dan masih ku ingat yang berjalan kaki sahaja.

Tapi sekarang generasi ku sudah yang kedua dan setengah tempat sudah yang ketiga barangkali.Ramai dari keturunan ku sudah punya hidup yang selesa dan bergaji serta berjawatan tinggi.Saban tahun anak anak cucu ku pulang dari kota besar dengan kereta yang besar .inilah sebahagian dari perjuangan Pemimpin ku.Berjuang.Tidak ada kerajaan di dunia ini yang mendapat hidayah dari allah seperti kerajaan malaysia.Tidak ku lupakan pemimpin pertama Tengku Abdul Rahman dan Tun abdul razak bin Dato Hussin.Apakah mahu ku terus meratah dan melupakan jasa jasa mereka.

Aku tak bisa gadaikan perjuangan pemimpin terdahulu.aku tidak boleh cagar sebuah felda untuk ku puas hati ku seorang.Aku mesti berjuang untuk betulkan bersama kelompok masyarakat ku dan pentadbiran ku.

Apakah bila aku tidak tanam semula bersama felda,aku di kira derhaka.siapa yang ucap begitu.Adakah hanya kah hanya aku yang bercakap.Tidakkan.Aku hanya bermain perasaan.Aku tidak di paksa.

Aku hidup dalam kelompok masyarakat dan kuasa mejority.aku bukan keseoragan.Aku ada kawan kawan.Jadi aku mesti adil untuk berkata kata.Felda dan kerajaan tidak zalim.aku tidak di pinggirkan.Aku masih punya masyarakat.Aku masih punya ketua dan keluarga.Jika aku gagal.Aku tak akan salahkan felda.jika aku tanam sendiri dan tidak di jaga,Apa pula mau ku salahkan orang lain.

Eh ada pula bantuan besarkan rumah.Rumah di roboh dan di ganti ala ala banglo gitu.siapa kasi ?.bantuan siapa kah ini ?.

sekarang aku bersyukur.ada yang kata ftsb tu haram.ada yang kata ftsb itu patut di racit racit untuk di berikan lagi pada generasi yang akan datang.Kalau di beri semua.mana aset negara lagi.Bagai mana felda mahu cipta wang untuk menampung segala kos bagi pengurusan.ah biarlah bukan urusan ku.

tapi pokok nya ramai yang sudah bahagia dengan felda ku.jadi aku tak perlu lagi sebuah kerajaan untuk tadbir felda.


Ulasan ini adalah dari keringat dan pendapat bebas penulis.
siapa pun berhak menulis dengan pendapatnya sendiri.sekian setengahmalaysia




Wednesday, July 27, 2011

KAMPONG ATOK ATAU TOK WAN AKU.EH BAPA AKU PERNAH KERJA SITU


Bila menjelang hari Ramadhan.Rancangan nak ibadat di bulan Ramdhan hampir terlupa gitu.Sehari mula puasa dah cerita nak balik kampong.Nak balik kampong mana ? Nak balik kampong rumah mak atau sebelah ayah.Lama di tempat tinggal sendiri.Nak juga tukar agin baru.Kebetulan baru aja beli kereta.nak bergaya la kononya.bila kita adaperubahan rasa bangga akan tercipta.

Bila mula puasa sibuk kita nak sambutlah raya.nak kunjung mak saudara tok dan tok wan yang tercinta,itu pun jika mereka masih ada atau ramai ramai ke pusara,selawat dan bacaan yasin di pusara mereka.Bapa atau mak pun berkata.inilah tok wang hang,atau tok hang.hang kena ingat dia.Kalau tak kerana dia berusaha masuk Felda,kita pun tak tau dok tang mana.Itu lah ayat ayat yang tercipta,maka kisah kisah lama terungkai dan anak cucu pun tahu secara tak sengaja bila ibu bapa kita bercerita.Dulu tok wan hang tu susah.bagun pagi pi motong dan tok.Wah ayat ayat power sedih di hari raya.keinsafan pun menjelma.

Kebanyakkan anak cucu Teloi kanan ni ramai dah besaq besaq dah.dah berumah tangga.Ada antaranya generasi pertama jika masih hidup sudah di ada cicit.

Teloi kanan tak lekang dari kisah dan peristiwa ini,sama juga di tempat lain pun begitu.Bila nak sambul 1 ramadhan ramai yang ke pasaq Kuala ketil atau di bukit Selambau atau juga di Kedai kedai dalam kawasan kampong Felda Teloi sendiri.terutama kedai mat pak jap,Kedai anak Pa Latah,atau kedai anak man hantu raya.Kalau dulu Aruah pak Long aziz yang jual Daging Lembu dan di bantu anaknya Awang.Tapi Awang sekarang ni sakit kencing manis.Dan mudahan dia bertambah sihat hendaknya.

Itu lah dulu.zaman harga getah sekilo 76 sen.sekarang dah jauh beza harganya.Tapi semua dalam ingatan.Setengah keluarga tak sah jika tampa daging untuk di buat pembuka selera terutama ketika bersoq.saya guna bahasa piau kedah.

jadi setelah malam pertama kita berpusa berlalu.malamnya berterawikh.ramai yang mai.Jika zaman dulu lah.Lepas sahaja buka puasa.sembahyang pun dah tak dan(tak sempat)aku antaranya .sudah cari plastik nak pi masjid.bukan nak sembahyang.tapi nak pi ambil more.yang makan kat rumah pun belum habis,dah nak pi ambil more pulak..maka cari lah aku kat dapok beg plastik yang siang tadi di buat isi cabai.nak bubuh bihun.Aku macam ni lah.kawan aku yang lain pun macam ni juga kot.Bukan apa seronok bulan puasa.ramai ramai berjalan ke masjid,alahai zaman tu.pi masjid pakai seluaq pendek.zaman kanak kanak aku.Ini semua nostalgia.tukang sendukkan bihun tu pak mat Tok Siak.beliau masih ada sekarang ni.dan Tok cat juga masih hidup.kelakar..berebut kat tangga masjid,Dulu masjid bukan macam ni.dulu kalau anda ingat ada tangga dan kaki lima.sekarangdah berubah.

Saya kisahkan setelah tinggallagi 2 atau 3 hari nak raya.Ramai dah anak anak dan cucu peneroka balik.yang balik dari perantauwan.Terutama anak anak peneroka yang dok di felda pahang.seperti di kumai ,felda Rentam atau Suangai Koyan.saya ingat tu semua.sebab saya pun belum nyanyok lagi.kah kah kah.

macam macam cerita yangdepa bawa balik.Pulak yang baru tamat jadi rekrut Tentera darat.Atau yang dah lama kerja tentera.Orang kampong aku panggil tentera ni akar ja.Tengok semat lawa serta tampan.begitu juga yang kerja Polis i merata rata.Guru pun ada.macam macam la balik jumpa kawan kawan yang seangkatan dan tunggu malam nanti nak keluaq bersama.Bukan kemana.nak cari tempat lepak pekena kerang rebus.Dulu seingat aku di rumah bang man capik.adik dia Ina buka gerai.laku dan riuh rendah malamnya.di kampong sri jaya.sofi dan halim mat ubi buka gerai juga.di kampong sekolah serasa saya tak ada gerai dan bagitu juga di kg bahagia.

Ok bila sebelum buka puasa berduyun nak naik moto ronda tengok anak dara.mana yang boleh di ngirat..wet,,wet,,wet...ini lah dia cerita dulu.anak cucuramai pulang.nasi masak pakai kawah.ramai.yang tidok bergelempang di rumah Tok atau Tok Wan.tak kira dah.pakat masak kuih malam sebelum 2 atau 3 hari nak raya.pakat sesama jiran buat kuih bersama .kongsi lah katakan.Dulu mana aa kuih tunjuk.Tak dak aih..la ni ja.Dulu syok..

Bila menjelang hari raya.pagi raya wah berpakaian lawa lawa,mula mula tanya ..bila balik.nak balik pi bila.anak berapala ni.itu yang di tanya.Cucu cucu pula hanya kawan sesama keluarga sahaja.sebab tak kenal orang lain.so tersipi sipu ikut mak pi masjid.nak kawan dengan sapa.cucu ni bukan besaq di Teloi.Depa ni besaqkan di tempat tinggal yang baru.aku ingat lagi.macam Sobri Aziz.dia dok di Felda sungai Koyan.adik ipaq dia dok khalid dok di man pun aku tak ingat.Rahim hashim tok wan.dulu rahim hashim tok wan keja askar.geng depa masa tu.mat nawi(aruah)man botak,jit tok mo,shaari,embi man kok,geng kampong lain pula.macam mat Noor tok mot saikologi.awang kilat,pak ei,Li cek ros,Din Mat ubi(aruah)Li mat sekupang.rahim mat No 1.ramai lagi nak ku sebut ni.panjang sangat..ini semua geng geng lama dulu.yang pompuan aku tak berapa ingat.cukup la aku ingat kan hampa sikit sikit.semua ni dah beranak pinak dah.duduk mana hala pun aku tak tau depa ni.

jadi selepas sembahyang raya bertebaran lah kami kunjung mengunjung kerumah pula jiran jiran .atoq rumah.makan sikit sikit ja.nak pi rumah banyak.so sembang ni tau lah lama tak jumpa.Dihalaman rumah waktu tu banyak lah kereta anak menantu.tapi tak lah jenuh macam hari ni.sekarang banyak dan terlalu banyak kereta nak cucu.

lama yang kita tak nampak macam Me anak mat galas,Ki anak pak ca.Sobri pakca(haji sobri)aku ingat lagi yang lain tu.tapi hampa ingat sendiri lah kawan hampa.dah terima kasih banyak dah ni.aku sanggop buang masa ingat kan hampa semula.Aziz sabrah.mi man misai.lan pak Leh.mi pak lih.adik beradik man capik.Anak pak su dahaman,maaf lah yang lain.aku ingat nak sebut.tapi panjang sangat.kalau hampa sanggop baca tak apa.aku ingatkan semua tu.

Bila sebelum baca kutbah.nanti tok imam lama lah(aruah tok lebai man) akan jemput Pengurus rancangan bagi ucapan hari raya dan jempu majlis rumah terbuka.itu sure,

masa zaman tu pengurus MR SUMA,En Ibrahim,Encik halim,Othman Din,sekarang ni En fauzi.orang Kelantan.Saya nampak beliau ni seorang yang amat di hormati.orang yang senang untuk di dekati.baguih la En fauzi ni.bukan saya nak puji.tapi hakikatnya.Dulu dengan pengurus rancangan takut.la ni ok.Tap seingat aku macam Othman cek pa pun ok.tapi di angin sikit ja.kalau hampa ok dengan dia .makan free aja.La ni kat mana pun tak tau dia.macam nasir,kalau hampa ingat Sdr Din Pulai pun akrab juga.Nan pegawai kawin dgn anak aruah pak jap(bapa sobri)

Oh ya hampa ingat Sdr Ali bodoh.Sdr Pak tam long.hampa ingat ka semua tu.ha ha h..facebook Telo kanan tu aku.setengahmalaysia tu pun aku.kah kah .


Monday, May 2, 2011

ILMU PENTING UNTUK PEMBAGUNAN


assalamualaikum.

Dah ramai yang pergi.Semakin usang penduduk di tempat ini.Saban hari berita hanya kematian.Yang muda atau yang tua.Yang pasti pergi menyambut seruan ilahai.Yang tinggal akan meneruskan kehidupan seharian.Bila pagi atau malam tadi hujan kemungkinan berduyun di kedai kopi.Kedai kopi pak man atau gerai Rahim.Menikmati hidangan sarapan pagi.Roti canai dan nasik lemak juga sedikit kopi.Anak anak kampong akan berjumpa dan bual bicara di kedai kopi.Akan ada isu isu baru yang akan di bicara.Cuma penglipur lara yang kurang untukmentertawakan mereka.Buah dam menjadi hidangan pembual cerita.seronok mengusik mereka.namun wajan generasi pertama kian kurang.Bukan terpinggir.Tapi sebahagian mereka sudah kembali.Generasi muda sahaja yang ramai terdapat.Namun jika sibuk hal masing masing.Keadaan juga kan hilang riuh.Mereka ini juga punya keluarga dan tanggongjawab pada keluarga msing masing.punya anak anak di bangku sekolah.

Pembaharuan pemikiran adalah perlu.Tetapi dek kerana alasan usia.Sebahagian mereka kuarang peka kepada hal luar.maaf di katakan mereka sebahagiannya tidak punya alat imfomasi seperti komputer.Bagi mereka mungkin tidak perlu.Tidak penting.apa yang penting hanyalah hari ini atau esok hujan atau tidak>mereka hanya berpandukan berita di peti TV atau surat khabar jam 10 pagi dari sumber kedai berdekatan yaitu kedai Mad Pak Jap.Kita tidaka tahu kenapa mereka tidakmemperdulikan sebuah komputer dan juga jaringan media internit untuk imfo.Negara semakin maju dan mencabar.Komputer adalah sebahagian jaringan yang perlu berkaitan segala imfo.terutama hal berkaitan pelajaran untuk anak mereka.juga mereka perlu tahu hal yang lain juga.

Hidup in banyak yang perlu untuk di pelajari untuk memajukan minda dan pemikiran yang bai supaya penyatuan yang adil untuk pembagunan masyarakat kampong sendiri.Kita mau maju tetapi kekurangan idea yang adil untuk memajukan.sukar dan adakah hanya mampu pasrah kepada ketentuan allah sahaja.

Masyarakat kita perlu di bina dgn sumber ilmu pengehtahuan.Pengehtahuan berkaitan agama juga adalah tonggak utama kejayaan.Pengisian ilmu itu penting untuk anak anak muda pada generasi kedua.Ketika saya di masjid saya dapati kekurangan majlis pengisian ilmu.Bacaan kitab juga kurang.hanya seminggu sekali sahaja.Namun pun kehadiran adalah wajah wajah yang sedia ada.Saya cuba juga menjengoh ketika balik kampong dan kemasjid.Saya berfikiran perancangan harus di buat sebaik mungkin oleh jawatan kuasa masjid.kepincangan ini akan sentaiasa berterusa,Saya akan coret lagi pendapat saya.kesimpulan yang pendek.Masarakat kita perlu ilmu dan Pihakpengurusan setempat mesti mengisi pengisian waktu yang bermutu kepada anak khariah.sekian wassalam


Thursday, January 27, 2011

Teloi kanan

Felda Teloi Kanan,Kuala Ketil ,Kedah.

Sebuah lagi rancangan felda telah diujud di utara tanah air.Negeri Kedah Darul Aman.Matlamat kerajaan mengujudkan Rancangan felda ini adalah dengan beberapa tujuan pada masa tersebut.Diantaranya ialah menaikan tahap sosial ekonomi orang Melayu.Memberi perluang kepada orang memiliki tanah,membina satu sistempenempatan yang bersistemmatik.dgn yang demikian memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan serta maklumat kepada rakyat.pada masa tersebut juga kerajaan menghadapi masaallah keselamatan,kerana pada masa itu pengganas kominis masih bermaharaja lela di kawasan hutan belantara.Dengan penebangan dan pembagunan tanah yang bersekala besar akan memudah dan mengecilkan pergerakan kominis pada masa itu.Mendidik satu masyarakat baru supaya berpendidikan tinggi.Pembagunan yang terancang pada masa itu terpaksa di susun oleh Perdana Menteri ketika itu ialah allahyarham Tun Hj Abdul Razak.
Hampir 3000 hektar tanah terpaksa di buka di daerah Baling.lokasi bersempadanan Baling dan Kuala Muda(Sungai Petani).Kedudukan bersebelahan dengan sungai muda salah sebatang sungai yang luas dan terpanjang di Negeri Kedah.Pekan yang Terdekat ketika itu ialah Kuala Ketil.Kedudukan Felda Teloi Kanan yang juga berjiran dgn daerah Sik juga telah kerap kali bertukar pentadbiran daerah diantara Daerah Sik dan Baling.
Penempatan pertama telah di tempatkan pada tahun 1965 kemudian di susuli pula peringkat kedua pada tahun 1969 dan yang penemptan terakhir pada tahun 1982.
Pada awal penempatan kemudahan asas adalah bekalan air,sekolah,sebuah masjid,balai raya,sebuah klinik.sebuah Pondok Polis.sebuah sekolah kebangsaan teloi kanan.Oleh kerana kedudukan sekolah Menengah yang terdekat iaitu Kuala Ketil sejauh 12 batu serta jalan yang tidak berturap.Maka kerajaan melalui Felda telah menyediakan sebuah lagi sekolah menengah pada tahun 1974.
pentadbiran Rancangan menyusun segala pentadbiran di dalam rancangan dengan bantuan para peneroka yang terlibat.Sebuah pesatuan yang dinamakan JKKR.Dibawah JKKR terdapat beberapa biro diantaranya ialah Biro Ekonomi.Biro pelajaran.Biro sukan dan kebudayaan.Biro Ladang.Pentadbir juga telah menubuhkan sebuah koperasi bagi rancangan setempat.dan di bawahnya di tubuhkan jawatan kuasa pusat pengumpulan getah dengan nama singkatnya ial PMG.Pada masa itu semua biro biro ini memaikan peranan masing masing seiring dengan kehendak pentadbiran Felda.
Masih saya ingat pada sekitar tahun 1970 an.Permentasan bergerak felda adalah sebuah kumpulan yang bergerak dari satu tempat kesatu tempat di setiap rancangan felda pada setiap bulan.kumpulan ini adalah sebahagian aktiviti

sosial untuk menghiburkan masyarakat peneroka serta menyampaikan hasrat kerajaan kepada masyarakat felda.Ini lah sebahagian aktiviti yang menyeronokkan kami di penempatan ini.Khursusnya felda teloi Kanan.artis artis yang saya masih ingat sehingga kini dan ada diantara nya yang telah meninggal dunia.seperti Allahyarham Ahmad B.Allahyarham Mahmud June,Allahyarhamah Minah Ketod.Allahyarham saadiah.sehingga sekarang yang masih saya ingat dan masih hidup yang pada masa muda mempunyai suara lunak dan merdu Raisudin Hamzah.Ar Badul.allahyarham jaafar dan ada lagi nama yang saya sudah lupa.

Penempatn pada masa itu telah juga memberikan kemudahan kredit(hutang)di kedai rancangan Felda yang dimiliki oleh bahagian kedai kedai felda.Kemudahan kredit ini di berikan sebanyak rm 69.00 pada setiap bulan.Maka pada setiap awal bulan berpusu pusu peneroka datang awal pagi meletakkan no giliran untuk mendapatka barang keperluan seisi keluarga.ada yang datang seawal 5 pagi meletakkan angka giliran.

Aktiviti sukan pada masa itu amat seronok.ini kerana masih terdapat anak anak peneroka yang masih tinggal dan menetap bersama ibu bapa.oleh yang demikian masyarakat belia setempat cukup untuk mengadakan sebarang aktiviti.Terdapat banyak belia dan belia wanis yang sama sama terlibat dalam setiap aktiviti.

Aktiviti peneroka tidak hanya terlibat si kawasan ladang pada masa itu.Mereka juga di tugaskan membersihkan kawasan rancangan felda.tapak perkuburan.kawasan awam seperti tempat permainan.

Pada tahun 1971.Peneroka telah mula bekerja di kebun masing masing.Menjaga ladang ladang yang pada masa itu hanya seluas 6 ekar sahaja.Kemudian felda telah menambah jumlah pemilikan kepada 8 ekar keseluruhan setiap orang.Tanaman yang di tanam ialah getah.

Pengangkutan pada masa itu ialah basikal shj.Oleh kerana pada masa itu harga getah yang murah serta peneroka kebanyakan adalah di bawah tahap kemiskinan ,kebanyakan peneroka tidak mampu untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dari basikal . setiap pagi ada yang terpaksa berbasikal sejauh 3 batu.Namun kerana jalan yang kurang baik serta jalan yang berbukit ada kalanya terpaksa menyurug basikal . Cuba saudara bayangkan bagai mana basikal itu terdapat muatan susu getah . Allah hukakbar .Bertapa azab dan letih bapa kami pada ketika itu.

Namun masyarakat ketika itu cukup harmoni . Meski pun penat bekerja pada
waktu siang hari . Keadaan ini telah jauh berbeza setelah 40 tahun masa berlalu
Kebanyakan bapa bapa kami telah kembali kepangkuan ilahi.Cuma yang sudah
boleh dibilang dengan jari.Umur mereka sekarang dalam persekitan 80an.bayang
kan masa terlalu cepat pergi meninggalkan kita dan kini generasi peganti yang
telah mewarisi peningalan bapa bapa mereka.Kenangan ini tidak pernah di coret
untuk di tatap pada generasi yang akan datang.Titisan peluh membagun bersama felda dan kerajaan tidak pernah di bukukan.Perjalan dari Teloi Kanan
ke Kuala Ketil sekarang cuma memakan masa 15 minit memandu berbanding masa dahulu 30 minit dan 1 jam.Sekarang pekan yang paling dekat ialah Bukit selambau yang terletak dalam kawasan kuala Muda.Perjalanan ke bandar Sungai Petani cuma mengambil masa 25 minit.Kebanyakkan sekarang setiap rumah boleh dikatakan memiliki sebuah kereta setiap rumah.

Pencapaian dari segi akedemik dari sekolah Kebangsaan Teloi Kanan adalah pada sekal sederhana pada aslnya.namun sejak kebelakangn ini.Sekolah Menengah Teloi Kanan adalah cukup membaggakan juga.Penempatan sebuah lagi Rancangan Felda,Yaitu Felda teloi Timur telah meransang sedikit pertumbuhan
.Terutama penambahan pelajar di sekolah Menengah Teloi Kanan.Pelajar dari rancangan felda Teloi Kana agak berkurangan Ini kerana generasi kedua kebanyakan sudah melebih umur menengah.Jika terdpat pun cuma cucu peneroka sahaja pada dasarnya.alhamdulillah syukur kami kepada tuhan kerana
telah memberikan buah fikiran kepada Allahyarham Tun Haji Abdul Razak ketika itu.dari pemikiran dan pengorbanan beliau maka terujud setiap negeri sehingga kini beratus Rancangan Felda di seluruh negara kecuali Wilayah persekutuan,Pulau Pinang.Kami amat berbesar hati pada beliau dan kerajaan di waktu itu.Kerana mu Felda kami anak bangsa ada tempat berteduh.Menitis air mata mengingati nostalgia Felda.semoga di cucuhi rahmat keatas roh beliau Allahyarham Tun Hj Abdul Razak.Akan ku kenang sehingga akhir kalam bagaimana api pelita yang menyala dimalam hari ketika ku mentelaah pelajaran.Meski pun aku tidak berapa berjaya,namun aku tahu asal usul ku.