Apakah aku perlu sebuah lagi kerajaan rakyat untuk tubuhkan sebuah lagi rangkaian felda.Atau aku perlu lagi sebuah lagi kerajaan untuk modenkan Felda ?.Tak perlu bukan ?.Atau aku sudah rasa lega untuk biarkan felda ini hancur,Atau pun aku perlu biar untuk felda di gayang sebegini rupa.tak perlu bukan ?
Dari otak orang melayu yang baru merdeka.Pemikiran mereka mampu mencipta untuk anak bangsa supaya ada tempat berteduh.10 tahun selepas merdeka mereka mampu fikir untuk buat ini(felda).Jika seorang budak yang baru lahir dalam masa 10 tahun,Mereka baru darjah 4.
Selepas merdeka malaysia perlu bagun dan membina sebuah negara yang mampu memberikan kebahgian kepada rakyatnya.Kemudahan awam perlu di laksanakan dengan kadar segera.Jalan raya.kelinik.perkhidmatan pos,kemudahan pegangkutan awam.sekolah,dan berbagai bagi perlu di laksanakan.dalam masa tidak sampai 10 tahun.Tetapi Kerajaan mampu ujudkan rancangan felda dalam masa yang sesingkat itu.
Setelah bakti di semai dan rakyat peneroka menuai bukti.tampil mereka yang mempertikai kewibawaan felda.Atau adakah mempertikai mereka yang mentadbir felda.kata setengah pejuang peneroka.Felda penipu.Siapa yang menipu siapa.Siapa yang cuba di tipu?.kehidupan sebelum ini tidak ada apa apa kecoh.Tetiba gempita melanggar.Ibarat sebuah kapal terbang yang terbang rendah di atas bumbung rumah.Terkejut dan bingkas bagun melihat.Oh rupanya kapal terbang yang hilang arah rupanya.
Segala gala cuba di songket dan di bawa ke makamah.Ada diantaranya mereka Berjaya dimakamah.felda sudah kalah di makamah.itulah yang terjadi.segerombolan ketua yang sedang berjuang untuk peneroka.Mereka bakal jadi juara kepada peneroka
.Berbagai soalan di kemukakan.Kenapa tanaman semula itu mahal ? sehinggalah sampai ke isu felda bengrap.Wah hebat anak muda felda yang sudah pintar berkata kata.Barang kali mereka fikir mudah untuk tubuhkan organisasi felda ya.Barang kali pada zaman dahulu mudah untuk mejemput orang melayu bersama felda ya.
Eh ada yang lari balik kekampong asal.katanya jika tunggu lama di felda mungkin mati.Mungkin anak nya akan jadi bodoh ya.Berbagai bagai lagi tanggapan.Ada yang dapat tanah di kemuncak bukit.Ada yang dapat tanah berbatu besi.barang kali.tapi sekarang batu besi sudah ibarat seperti emas.wah kaya gitu.
namun dengan semangat kental tetap bersama membonceng basikal kekebun jauh berbatu.Aku tetap bersama felda.Jika tampa ada di tubuhkan felda dan aku tidak mengambil kesempatan tersebut.entah akau di mana ? masih bekerja dengan ah kau.kerja keringkan jemuran tembakau.Mungkin gitu lah agaknya.
Tapi aku bernasib baik.Kerana aku tetap bersama felda.Jika ada kepincangan akan aku adukan kepada pengurus rancangan supaya ada permesyuaratan.Agar selesai di sini.Aku tak mahu bawa kepihak luar.Buat apa aku bising di luar.nanti barangkali kata orang aku gila juara rakyat.
Aku takperlu lagi kerajaan yang lain untuk membimbing aku dan felda.Aku rasa sudah cukup buat ku.felda dan kerajaan yang ada mampu mengurus tadbir aku dan keluarga aku.Jadi apa aku perlu lagi merosakkan felda ini.Atau aku cuba mengkacar kacirkan masyarakat ku.Apa lagi yang tidak kena pada ku.Ramai yang bersyukur.Kenapa aku sorang yang tidak puas hati.Lebih baik aku ke pejabat felda untuk menguruskan hal yang tidak puas hati ini.Atau aku kirimkan email surat ku kepada Pengarah besar.
Dulu ku cukup susah di tanah rancangan.aku tahu bagaimana riuh rendah bila hari panas di pmg atau di pusat pengumpulan sawit.ramai yang bebasikal keladang.dan masih ku ingat yang berjalan kaki sahaja.
Tapi sekarang generasi ku sudah yang kedua dan setengah tempat sudah yang ketiga barangkali.Ramai dari keturunan ku sudah punya hidup yang selesa dan bergaji serta berjawatan tinggi.Saban tahun anak anak cucu ku pulang dari kota besar dengan kereta yang besar .inilah sebahagian dari perjuangan Pemimpin ku.Berjuang.Tidak ada kerajaan di dunia ini yang mendapat hidayah dari allah seperti kerajaan malaysia.Tidak ku lupakan pemimpin pertama Tengku Abdul Rahman dan Tun abdul razak bin Dato Hussin.Apakah mahu ku terus meratah dan melupakan jasa jasa mereka.
Aku tak bisa gadaikan perjuangan pemimpin terdahulu.aku tidak boleh cagar sebuah felda untuk ku puas hati ku seorang.Aku mesti berjuang untuk betulkan bersama kelompok masyarakat ku dan pentadbiran ku.
Apakah bila aku tidak tanam semula bersama felda,aku di kira derhaka.siapa yang ucap begitu.Adakah hanya kah hanya aku yang bercakap.Tidakkan.Aku hanya bermain perasaan.Aku tidak di paksa.
Aku hidup dalam kelompok masyarakat dan kuasa mejority.aku bukan keseoragan.Aku ada kawan kawan.Jadi aku mesti adil untuk berkata kata.Felda dan kerajaan tidak zalim.aku tidak di pinggirkan.Aku masih punya masyarakat.Aku masih punya ketua dan keluarga.Jika aku gagal.Aku tak akan salahkan felda.jika aku tanam sendiri dan tidak di jaga,Apa pula mau ku salahkan orang lain.
Eh ada pula bantuan besarkan rumah.Rumah di roboh dan di ganti ala ala banglo gitu.siapa kasi ?.bantuan siapa kah ini ?.
sekarang aku bersyukur.ada yang kata ftsb tu haram.ada yang kata ftsb itu patut di racit racit untuk di berikan lagi pada generasi yang akan datang.Kalau di beri semua.mana aset negara lagi.Bagai mana felda mahu cipta wang untuk menampung segala kos bagi pengurusan.ah biarlah bukan urusan ku.
tapi pokok nya ramai yang sudah bahagia dengan felda ku.jadi aku tak perlu lagi sebuah kerajaan untuk tadbir felda.
Ulasan ini adalah dari keringat dan pendapat bebas penulis.
siapa pun berhak menulis dengan pendapatnya sendiri.sekian setengahmalaysia