Friday, April 2, 2010

KU KECAPI SUSAH


Salam sejahtera.
46 tahun berlalu sekelip mata.kini umur saya sebegitu.Setengah dari usia pemimpin yang masih ada seperti Tun Mahadhir.DYMM Sultan Kedah diantara yang masih sihat.Semoga sentiasa sihat dan di rahmati Allah Subhanahuawataala.Asal kampong saya di bt 3 jalan Alor Star Sungai Petani.Terkenal dengan nama titi Kling.Rumah bapa saya ketika itu,berdinding buluh.Saya lahir selepas Merdeka 1964.Sedar hidup dalam kesusahan.Bapa bekerja sendiri.Segar dalam ingatan kehidupan dimasa lampau.Umur saya 3 hingga 4 tahun,saya sudah boleh bercerita keadaan ketika itu.Aruah Atok saya seorang yang berada ketika itu.Beliau sudah mampu mempunyai sebuah kereta Moris Miner,Jika nak idupkan injin kena engkol maka barulah boleh hidup injin.Kedah ketika itu cukup mundur di bahagian pendalaman.1969 saya berpindah ke Felda Teloi Kanan.Waktu itu kawasan tersebut adalah cukup mundur.Terletak dalam Daerah Baling bersempadan dgn sungai Muda,Yaitu Sungai Petani.Ketika itu umur saya 5 tahun.Tidak mengerti apa-apa.Yang tahu hanya makan sahaja.Perjalan 12 batu dari bandar.Jalan tidak berturap.Bapa hanya membawa sebiji basikal semasa berpindah ke Felda dan sedikit keperluan asas seperti keperluan dapur dan alas tidur.Jarak kekebun sejauh 3 batu,bapa saya terpaksa mengharungi keadaan ini selama bertahun.
Saya di sekolahkan pada tahun 1971.Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan adalah tempat saya mula belajar.Sewaktu itu kami telah di beri bantuan sara hidup sebanyak RM 69 sahaja setiap bulan untuk membeli keperluan dapur pada setiap bulan.WHO telah memberi bantuan melalui sekolah serta Felda kepada murid-murid,bantuan berupa susu serta gandum.Kerajaan sedar bantuan ini adalah dengan tujuan menambah sumber pemakanan kepada rakyat.Kemudahan asas yang ada hanyalah jalan yang tak berturap,sebuah pondok talifon,masjid dan Pondok Polis yang seperti Dahulu sehingga kini dan mungkin selamanya.Oh ya,kami terpaksa berkongsi air paip di tepi jalan.1 paip air kami berkongsi 30 hingga 50 keluarga.Banyak lagi cerita tentang kesusahan yang kami semua alami.Tahun1977 saya telah belajar di Sekolah Menengah tempat yang sama.Kami sekerluarga sering balik kekampong bapa saya dan sebelah ibu di Tokai Kedah.Nama Tun Mahadhir amat terkenal juga ketika itu.Seringkali Atok saya menerima rawatan di klinik beliau.Bukan atok saya sahaja,malah kebanyakan penduduk di bahagian Kota Star telah mendapatkan perkhidmatan di klinik tersebut.1982 nama Tun telah di calonlan sebagai PERDANA MENTERI yang ke empat.Betapa bangga anak jati kedah telah menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.Seingat saya masa beliau mula menjadi PM,Perubahan waktu seMalaysia Sabah dan Serawak,Jambatan Pulau Pinang,Memperkenal Tanda Nama pada kakitangan kerajaan,Lebuh Raya baru Utara Selatan dan berbagai-bagai lagilah.Saya bertuah kerana dapat hidup dizaman yang serba mundur sehingga kini yang semakin maju.
Keluarga kami pada masa itu berlampukan minyak tanah.Semua keluarga begitu.Jarang sekali dapat makan ikan.Nasi berlaukkan telur dan sardin sahaja.Hai susah lah ketika itu.Seluar sehelai setahun,begitu juga kasut sekolah.Kasut pun plastik.Bukan saya sahaja begitu.Malah orang lain ada lagi teruk.Berkasut seliper pun ada,keluarga tak mampu.Baju bertaik lalat.aduh payahnya ketika itu.Pendapatan bapa tidak seberapa.Tangunggan ramai.Bandar Alor Star serta Sungai Petani ketika itu cukup mundur,Gurun,Guar Cempedak,Bidong.Bertapa mundurlah ketika itu.Keadaan sekarang jauh berbeza.Banyak yang berbeza.Sekarang banyak,terlalu banyak kemudahan,kemajuan yang rakyat dapat kecapi.Walau bagaimanapun susah dahulu,bebanan hutang tidaklah sebigini sekarang.Hutang kereta,hutang rumah,hutang tel bimbit,hutang telifon rumah,hutang internit,bil letri,bil air,dan berbagai-bagai hutang.Zaman semakin majulah katakan.Jadi terpaksalah di harungi.
Walaupun kami susah semasa dahulu masyarakat kami bersatu dan bekerjasama,tolong menolong,masyarakat kami di pupuk melalui konsep bergotong royong.inilah sebahagian yang kami kongsi bersama.Berpolitik secara sederhana.Tidak ada fitnah memfitnah ketika itu.Berpesatuan secara sederhana.Jarang ada perpecahan diantara msyarakat kami.Tidak ada Dadah ketika itu,kami tak rimas sangat dengan gejala masyarakat ketika dulu.Perubahan banyak telah berlaku.Bandar berkembang pesat,kampong berkembang pesat.Namun kampong saya begitu juga.Gagal mengambil segala kesempatan yang ada.Jalan raya selebar 6 kaki masih begitu dari tahun 1969 sehingga kini.Generasi semakin telah kembali kewarahmatullah.Generasi kedua yang tinggal mentadbir Felda kami.
Kami akan cuba bagun dari kemunduran,cuba membawa pembagunan yang seadanya untuk generasi akan datang.Memperkasakan pendidikan yang boleh merubah wajah yang suram ini.Tun telah berjaya merubah sebahagian bumi Tanah Melayu.Walaupun kampong saya sebegitu,Kemajuan yang telah di berikan adalah sebahagian dari anugerah Allah melalui insan yang terpilih.Beliau seorang berjaya kepada rakyatdan masyarakat serta keluarga beliau.Anak-anak beliau adalah orang bertuah.seorang darinya antara yang terkaya di Negara kita,saya amat mengenali anak-anak beliau.Saya pernah dan sering kali kerumah beliau suatu ketika dahulu,sekitar tahun 1999 sehingga 2005.Saya tahu anaknya seorang yang berjaya,begitu juga anak-anak beliau yang lain.Tidak mengapa mereka kaya,walaupun saya tidak.Asalkan bangsa Melayu yang kaya.Tun pun begitu,sekarang beliau sedang menghabiskan sisa-sisa hidup beliau hasil dari keringat beliau sendiri.Beliau adalah salah satu aset Negara Malaysia.Walaupun begitu saya berharap beliau kembali menjadi PM.Umpama mimpi dan tak mungkin,Namun beliau telah meletak seorang lagi pemimpin yang mampu membawa Malaysia ketahap yang cemerlang.Namnun kita tak melupakan jasa yang telah di bawa oleh Tun Abdullah.Walaupun berbagai tomahan yang telah beliau hadapi namun beliau juga seorang PM yang berjaya menstabil kedudukkan politik yang hampir-hampir tumbang di sebabkan orang lain.Itulah hakikat yang terpaksa kita hadapi ,Umpama jam berpusing.Kitaran silih berganti.Generasi yang masih tinggal,jagalah bumi kita dengan sempurna,jangan di hancurkan setelah kita membina bertahun-tahun lamanya.Bersusah payah untuk dibina sehingga sebegini.Pertahan hak kita.Polotik jangan dilepaskan.Kita sekarang memang tidak mampu menguasai ekonomi.Jika politik juga kita tak mampu menjaga.Suatu hari kita akan jadi seperti Red Idian,seperti orang fiji,Orang melayu singapore dan adakah kita mahu menjadi seperti orang di Palestine di Negara sendiri.Orang Thailand di Naratiwat semudah itu di tindas.Tiada kebebasan atau di Mymar yang dibawah pentadbiran Rejim yang hanya mahu menguasai harta,wang,makanan dan sebagainya,Rakyat tidak di perdulikan.Adakah Malaysia sebegitu seperti yang saya nyatakan tadi.Ulama terkenal dunia,Yussuf Al Qadawari telah menekankan kehidupan kita perlu bersatu.Umat islam perlu bersatu.Orang melayu perlu bersatu.Sekarang orang lain mampu mempersoalkan hak antergreti orang melayu.mempersoalkan hak agama orang islam yakni melayu,hak pelajaran orang melayu,dan berbagai-bagai lagi.Kita bernasib baik kerana Kerajaan masih mempertahankan hak orang melayu dan beragama islam.Hak kita masih dipertahankan.Jadi kenapa kita menyakal hal ini.Kenapa perpecahan berlaku kerana berlainan falsafah polotik.Kenapa.Saya bangkin membicarakan kesusahan,kemajuan,dan kehancuran yang bakal di cipta oleh orang melayu.Kita masih bersyukur kerana ada individu kita berjuang atas tiket NGO menetang sekeras-kerasnya pencerobohan atas hak orang melayu.Kenapa nak di gadaikan hak Dasar Ekonomi Baru,Dasar pelajaran,Kepentingan-kepentingan orang melayu.Jika kita bercakaran bagaimana ?.Bagaimana kita mampu bertahan dalam soal ini kepada generasi kita akan datang.Dengan persaingan dunia moden seta daya saing yang semakin meningkat.Kejatuhan akhlak orang melayu dimana-mana.Rogol,bersekedudukan,rasuah,zina,liwat dan aktiviti yang tak bermaruah yang lain.Negara menerima musibah dari kelalaian mmasyarakat kita yang mewah serta tidak menjaga tepi kain orang.Jangan kita di timpa suatu hari nanti,seperti mana Zaman nabi Luth,Allah telah menjahanamkan negeri Sudom dan rakyat serta isteri Nabi Luth sendiri.Masyarakat yang tak berakhlak.Jadi kita kena bersatu dan menjaga agama kita.Ini hanya coretan yang untuk membuang masa saya sahaja.Jika ada yang membaca agaplah sebagai peringatan supaya kita tidak lupa asal usul kita walau kita telah berjaya kesetakatmana sekalipun.Saya imbaskan kehidupan saya sebagai ingatan saya dimas lampau.sekian terima kasih.

Sunday, March 28, 2010

ADAKAH PERKASA JAMINAN BARU UNTUK MELAYU BERJUANG



Saya merasa sedikit terpanggil untuk mencoretkan pendapat saya,berkaitan PERKASA.Satu nama baru yang akan memperjuang dan mempertabatkan hak bangsa Melayu.PERKASA menerima keahlian tampa mengira fahaman politik.PERKASA berhasrat menyatu padukan orang melayu dalam wadah perjuangan baru Melayu.Tetapi kita tidak meminggirkan parti politik orang melayu seperti UMNO,PAS juga Adil.Satu nama yang besar seperti UMNO telah sekian lama mempertahankan hak orang melayu.Adalah tidak adil untuk kita melupakan parti-parti ini.Kata Tun Dr Mahadhir di perasmian perkasa.Keperyaan orang melayu kepada UMNO sedikit terhakis.Jika terhakis adakah kita akan terus membiarkannya.Pemimpin melayu lah sepatutnya memperbaiki.Terutama orang macam Tun.Kami adalah manusia yang tidak punya pengaruh untuk memperbaiki.Kami hanya mampu menyokong akan segala usaha pemimpin.Siapa yang merosakkan nama-nama yang besar itu,jika tidak pemimpin yang memukul canang kehulu atau kehilir.Jika tidak pemimpin kita sendiri.Kenapa Tun beriya sangat dengan perkasa.Adakah kerana bangsa,kerana orang melayu,Kenapa Tun terlalu terlompat-lompat kepada setiap isu nasional yang beliau telah tinggalkan.Soalannya kenapa Tun tak cuba memperbaiki dengan pimpinan yang ada.Kenapa ?Mungkin ada sebab lain.Kami orang luar mampu membuat pelbagai andainya berkaitan Tun dalam senario politik.Kenapa Khairy Jamaludin sekarang hanyut dalam mimpi sendiri.Kenapa beliau tidak dilantik sebagai timbalan Menteri atau Menteri.Adakah kerana beliau masih ada perluang dari usia yang masih muda.Kenapa Khairy seolah olah tidak menerima hakikat keujudan PERKASA.Semua itu menjadi persoalan rakyat.Walau bagaimana pun Tun masih berbisa sebenarnya,Beliau umpama seekor ular sawa yang suatu ketika dahulu cukup berbisa,sehingga walau pun tidak mematuk orang,jika di patuk ketanah dari kesan tapak kaki pun mampu membunuh,begitulah berbisanya Tn Mahdhir,kata-kata dari ucapan beliau mat bernas.Kadang-kadang kita tak mampu berfikir dari pendapat yang terlalu mudah,bila beliau bersuara kita rasakan,jika ini saya pun mampu juga meluahkan.Seorang yang cukup berkeyakinan tinggi pada diri sendiri.Berbalik kepada kenapa Tun masih hinggak lagi ?Adakah Tun tidak bersetuju dengan Dato Sri Najib,jawapan nya tidak.mereka adalah umpama anak dengan bapak,umpama kawan yang sanggup tidur sebantal.memang mereka baik.Tetapi kenapa ?Tuan-tuan boleh mencari jawapan sendiri.Kita berharap PERKASA benar benar akan mempertahankan hak orang melayu.PERKASA adalah wadah perjuangan orang melayu bagi mempertahankan anak cucu orang melayu.Tak malu kita katakan dan tak salah kita katan Dato Sri Hishanudin menjunlang keris kehebatan orang melayu.Tak perlu di mohon maaf pada tempat yang tak sepatutnya.Keris adalah lambang kebesaran sejak berzaman.Benar kata Tun,tuntutan melampau pihak yang berkenaan pada masa sekarang sudah tidak memandang ketuanan melayu.Mereka tidak mertasa bersalah dari apa yang mereka minta.Dari berbagai isu yang tak sepatut.Jangan jadi Belanda dapat tanah.Kami sudah lama munyusukan kera di hutan,Sedangkan kadang kala anak kami di biar kelaparan,Sikap tolak ansur kami jangan sampai terpaksa kami gadai.Orang melayu telah lama membiarkan.Jika sampai tidak ada noktah kami sudah tidak sanggup,Kami tidak sanggup bertanya tamu untuk tutup pintu rumah sendiri.Semoga PERKASA bergerak seiring dengan kepentingan melayu dan parti politik orang Melayu.

GUA MUSANG


Bandar yang agak keselatan Di Negeri Cek Siti wan kembang di Negeri kelantan dan bersempadan dengan Negeri Pahang.Jarak yang hanya beberapa kilomiter sahaja.Perjalan di bukit tujuh yang menghubungkan dua Negeri yang berjiran.Jalan yang berlikuk dan mengasyikkan di perjalanan serta singgah sebentar di kawasan perkelahan Kuala Lipis(Hutan Lipur Lipis) sambil menikmati penorama udara yang mengasyikkan amboi kita mandi di jeram in.yang airnya sejuk dan segar.
Gua Musang satu nama tempat yang tidak asing bagi perjalanan ke Kota Bahru.Bandar yang sedang pesat membagun secara bersekala kecil.Pertumbuhan pasarana terutama perumaha yang lebih baik untuk dimiliki oleh rakyat serta terdapat hotel-hotel murah yang banyak,ini menunjukkan bahawa Gua Musang sudah mendapat tempat dihati pelawat untuk dikunjungi.Jalan raya yang telah menghubungkan Gua Musang dengan Perak melalu Cameron Hili,adalah salah satu pemangkin kemajuan tempat ini sendiri.Di Gua Musang kawasan perindustrian yang terdapat hanyalah perkilangan pembalakan di satu kawasan komplek yang terdapat 15 kilang yang beroperasi setempat.Saya sering kali kesana atas urusan perniagaan,kunjungan saya kesatu warung yang besebelahan dengan satu tasik hijau airnya amat menyeronokkan.Kwasan Gua Musang adalah satu tempat yang amat bersejarah terutama kisah gunung ayaman.Yang menpunyai rentetan sejarah Puteri Saadung.Ia adalah anak angkat kepada Cek Siti Wan Kembang.Anda boleh membaca sejarah ini jika anda melawati halaman pra sejarah Cek Siti Wan Kembang.
Kemudahan yang terdapat disini adalah agak baik juga.Bandar yang dikelilingi hutan ini tidaklah sepanas di Bandar lain.Hutan rimba yang menghijau akan mengamit kedamaian anda kesana.
Perjalanan saya tidak terhenti di Gua Musang sahaja.Jika kita memandu di perjalanan menuju ke Bandar Kuala Krai memakan masa hampir satu jam setengah.Diperjalanan anda kita akan menempuhi kawasan perkampongan,Seperti Aring,Paloh,Dabong dan banyak nama lagi yang tidak saya ingat.Aring adalah kawasan perlombongan baru dunia kini.Perlombongan Iron Ore terdapat disini.Saya akan kisahkan lagi perjalanan saya di siri akan datang.