KUALA LUMPUR, 19 Julai — Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata hari ini, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah menyebabkan kuota rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadat haji dalam bahaya dan sekaligus telah memburukkan nama negara.
“Apabila ada yang protes di Mekah dan Madinah, imej kita sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam tercalar.
“Kerajaan saudi ugut untuk tarik balik kuota kita,” kata Najib.
“Najib menjelaskan, isu ini sangat serius sehingga menyebabkan ribuan rakyat yang telah menunggu sehingga 15 tahun tidak dapat menunaikan ibadat haji.
“Disebabkan Bersih, kita mungkin menghadapi pergantungan (kuota) untuk tahun ini atau selama tiga tahun.
“Mereka (Bersih) menyebabkan unmat Islam di Malaysia tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka.” kata Najib lagi.
=====================================================
Adakah berita ini sengaja di perbesarkan.Demtrasi di mekah itu
hanya secara terjadi dan bukan di rancangkan.Adakah dgn apa
yang berlaku di mekah itu sebagai loncatan untuk menembalikan
kepercayaan rakyat kepada UMNO.Adakah nak salahkan mereka
yamg memimpin pakatan rakyat juga.Rakyat yang benar tidak suka
telah menzahir secara spontan walau di mana mereka berada.
No comments:
Post a Comment