Sunday, March 28, 2010

GUA MUSANG


Bandar yang agak keselatan Di Negeri Cek Siti wan kembang di Negeri kelantan dan bersempadan dengan Negeri Pahang.Jarak yang hanya beberapa kilomiter sahaja.Perjalan di bukit tujuh yang menghubungkan dua Negeri yang berjiran.Jalan yang berlikuk dan mengasyikkan di perjalanan serta singgah sebentar di kawasan perkelahan Kuala Lipis(Hutan Lipur Lipis) sambil menikmati penorama udara yang mengasyikkan amboi kita mandi di jeram in.yang airnya sejuk dan segar.
Gua Musang satu nama tempat yang tidak asing bagi perjalanan ke Kota Bahru.Bandar yang sedang pesat membagun secara bersekala kecil.Pertumbuhan pasarana terutama perumaha yang lebih baik untuk dimiliki oleh rakyat serta terdapat hotel-hotel murah yang banyak,ini menunjukkan bahawa Gua Musang sudah mendapat tempat dihati pelawat untuk dikunjungi.Jalan raya yang telah menghubungkan Gua Musang dengan Perak melalu Cameron Hili,adalah salah satu pemangkin kemajuan tempat ini sendiri.Di Gua Musang kawasan perindustrian yang terdapat hanyalah perkilangan pembalakan di satu kawasan komplek yang terdapat 15 kilang yang beroperasi setempat.Saya sering kali kesana atas urusan perniagaan,kunjungan saya kesatu warung yang besebelahan dengan satu tasik hijau airnya amat menyeronokkan.Kwasan Gua Musang adalah satu tempat yang amat bersejarah terutama kisah gunung ayaman.Yang menpunyai rentetan sejarah Puteri Saadung.Ia adalah anak angkat kepada Cek Siti Wan Kembang.Anda boleh membaca sejarah ini jika anda melawati halaman pra sejarah Cek Siti Wan Kembang.
Kemudahan yang terdapat disini adalah agak baik juga.Bandar yang dikelilingi hutan ini tidaklah sepanas di Bandar lain.Hutan rimba yang menghijau akan mengamit kedamaian anda kesana.
Perjalanan saya tidak terhenti di Gua Musang sahaja.Jika kita memandu di perjalanan menuju ke Bandar Kuala Krai memakan masa hampir satu jam setengah.Diperjalanan anda kita akan menempuhi kawasan perkampongan,Seperti Aring,Paloh,Dabong dan banyak nama lagi yang tidak saya ingat.Aring adalah kawasan perlombongan baru dunia kini.Perlombongan Iron Ore terdapat disini.Saya akan kisahkan lagi perjalanan saya di siri akan datang.

No comments:

Post a Comment