

Saya merasa sedikit terpanggil untuk mencoretkan pendapat saya,berkaitan PERKASA.Satu nama baru yang akan memperjuang dan mempertabatkan hak bangsa Melayu.PERKASA menerima keahlian tampa mengira fahaman politik.PERKASA berhasrat menyatu padukan orang melayu dalam wadah perjuangan baru Melayu.Tetapi kita tidak meminggirkan parti politik orang melayu seperti UMNO,PAS juga Adil.Satu nama yang besar seperti UMNO telah sekian lama mempertahankan hak orang melayu.Adalah tidak adil untuk kita melupakan parti-parti ini.Kata Tun Dr Mahadhir di perasmian perkasa.Keperyaan orang melayu kepada UMNO sedikit terhakis.Jika terhakis adakah kita akan terus membiarkannya.Pemimpin melayu lah sepatutnya memperbaiki.Terutama orang macam Tun.Kami adalah manusia yang tidak punya pengaruh untuk memperbaiki.Kami hanya mampu menyokong akan segala usaha pemimpin.Siapa yang merosakkan nama-nama yang besar itu,jika tidak pemimpin yang memukul canang kehulu atau kehilir.Jika tidak pemimpin kita sendiri.Kenapa Tun beriya sangat dengan perkasa.Adakah kerana bangsa,kerana orang melayu,Kenapa Tun terlalu terlompat-lompat kepada setiap isu nasional yang beliau telah tinggalkan.Soalannya kenapa Tun tak cuba memperbaiki dengan pimpinan yang ada.Kenapa ?Mungkin ada sebab lain.Kami orang luar mampu membuat pelbagai andainya berkaitan Tun dalam senario politik.Kenapa Khairy Jamaludin sekarang hanyut dalam mimpi sendiri.Kenapa beliau tidak dilantik sebagai timbalan Menteri atau Menteri.Adakah kerana beliau masih ada perluang dari usia yang masih muda.Kenapa Khairy seolah olah tidak menerima hakikat keujudan PERKASA.Semua itu menjadi persoalan rakyat.Walau bagaimana pun Tun masih berbisa sebenarnya,Beliau umpama seekor ular sawa yang suatu ketika dahulu cukup berbisa,sehingga walau pun tidak mematuk orang,jika di patuk ketanah dari kesan tapak kaki pun mampu membunuh,begitulah berbisanya Tn Mahdhir,kata-kata dari ucapan beliau mat bernas.Kadang-kadang kita tak mampu berfikir dari pendapat yang terlalu mudah,bila beliau bersuara kita rasakan,jika ini saya pun mampu juga meluahkan.Seorang yang cukup berkeyakinan tinggi pada diri sendiri.Berbalik kepada kenapa Tun masih hinggak lagi ?Adakah Tun tidak bersetuju dengan Dato Sri Najib,jawapan nya tidak.mereka adalah umpama anak dengan bapak,umpama kawan yang sanggup tidur sebantal.memang mereka baik.Tetapi kenapa ?Tuan-tuan boleh mencari jawapan sendiri.Kita berharap PERKASA benar benar akan mempertahankan hak orang melayu.PERKASA adalah wadah perjuangan orang melayu bagi mempertahankan anak cucu orang melayu.Tak malu kita katakan dan tak salah kita katan Dato Sri Hishanudin menjunlang keris kehebatan orang melayu.Tak perlu di mohon maaf pada tempat yang tak sepatutnya.Keris adalah lambang kebesaran sejak berzaman.Benar kata Tun,tuntutan melampau pihak yang berkenaan pada masa sekarang sudah tidak memandang ketuanan melayu.Mereka tidak mertasa bersalah dari apa yang mereka minta.Dari berbagai isu yang tak sepatut.Jangan jadi Belanda dapat tanah.Kami sudah lama munyusukan kera di hutan,Sedangkan kadang kala anak kami di biar kelaparan,Sikap tolak ansur kami jangan sampai terpaksa kami gadai.Orang melayu telah lama membiarkan.Jika sampai tidak ada noktah kami sudah tidak sanggup,Kami tidak sanggup bertanya tamu untuk tutup pintu rumah sendiri.Semoga PERKASA bergerak seiring dengan kepentingan melayu dan parti politik orang Melayu.
No comments:
Post a Comment